Graduan TVET Mara lanjut pengajian di UK

21 Sep 2026 • 9:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Graduan TVET Mara lanjut pengajian di UK

PETALING JAYA – Graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ledang mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Engineering, Biomedical Engineering di University of Leicester, United Kingdom.

TVET Mara dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, pelajar berkenaan ialah Farah Ezreen Anuar merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) dan turut terpilih sebagai salah seorang 30 calon yang menerima pengecualian penuh yuran pengajian daripada universiti tersebut.

“Farah Ezreen telah selamat tiba di United Kingdom dan selesai mendaftar pengajian di University of Leicester. Pencapaian ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat beliau, ahli keluarga dan seluruh warga TVET Mara Ledang,” kata hantaran tersebut.

TVET Mara turut menyifatkan pencapaian Farah Ezreen berjaya membuktikan bahawa graduan institusi itu mampu melangkah jauh dan bersaing di pentas antarabangsa.

“Syabas dan tahniah, Farah Ezreen! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi pelajar TVET Mara Ledang yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Graduan TVET Mara lanjut pengajian di UK appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved