Graduan TVET perlu tingkat kemahiran, kekal relevan dalam industri

LocalTechnology
27 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Graduan TVET perlu tingkat kemahiran, kekal relevan dalam industri

SHAH ALAM, 27 SEPT: Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus meningkatkan kemahiran meskipun selepas tamat pengajian bagi memastikan mereka kekal relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Dr Harizal Hamid berkata konsep pembelajaran sepanjang hayat penting dalam bidang TVET memandangkan kemahiran diperlukan industri sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi.

“Konsep pendidikan sepanjang hayat dalam TVET ini sangat penting kerana kemahiran perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa berikutan kewujudan teknologi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Bicara Semasa bertajuk ‘Belajar TVET, lepas itu ke mana?’ terbitan Media Selangor, baru-baru ini.

Image from: Graduan TVET perlu tingkat kemahiran, kekal relevan dalam industri
Ketua Pegawai Eksekutif, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) ketika ditemubual dalam program Bicara Semasa di Media Selangor, Shah Alam pada 11 September 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Dr Harizal berkata, STDC turut membantu graduan membangunkan laluan kerjaya selain memantau perkembangan mereka dari segi pekerjaan dan penguasaan teknologi selepas tamat pengajian.

Menurutnya, sebahagian graduan turut ditawarkan mengikuti program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) bagi meningkatkan kompetensi sedia ada.

“Selepas mendapat persijilan TVET, mereka masuk pula kepada kategori ‘upskilling’ dan ‘reskilling’. Ia bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu tetapi meningkatkan kemahiran sedia ada,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan bukan hanya melibatkan graduan, malah turut disertai pekerja industri.

Golongan pekerja berkenaan menyertai program itu bagi memperbaharui persijilan atau mempelajari teknologi baharu.

Jelas Harizal, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan tenaga kerja terus memiliki kemahiran yang selari dengan perubahan teknologi dan keperluan industri semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved