Graduasi Prasekolah Meriah, Video AI Papar Kerjaya Buat Kanak-Kanak Teruja!

LocalFamily & Parenting
17 Dec 2025 • 3:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah prasekolah Bir Ali cawangan Taman Maluri dan Taman Melati Utama membuat sedikit kelainan sewaktu meraikan muridnya dalam majlis hari graduasi.

Video AI buat kanak-kanak teruja

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan murid-murid yang mengenakan jubah konvokesyen menerima sijil di atas pentas sambil terpapar di belakang skrin LED yang menunjukkan cita-cita mereka hasil janaan AI.

@biralimalurimelati

Graduation tadika style AI image is not available Bila teacher gen Z + student gen alpha.. Congratulations 6 years student Bir Ali Taman Maluri & Taman Melati Utama #majlistakharruj #graduasi #ihtifal #tadika #genz

♬ original sound – Zekkun – Zekkun

“Hari graduasi tadika style AI, ini lah jadinya bila guru gen Z + student gen Alpha.
“Tahniah, murid 6 tahun Bir Ali Taman Maluri dan Taman Melati Utama,” tulis pengendali akaun di ruangan kapsyen.

Difahamkan, video itu dimulai dengan klip kanak-kanak mengambil gambar bersama skrol dan kemudian berubah kepada pekerja profesional seperti doktor perubatan, polis, anggota bomba, saintis, dan angkasawan.

Bahkan dikatakan pilihan kerjaya itu merupakan cita-cita yang ingin dikecapi oleh setiap pelajar tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji usaha yang ditunjukkan oleh guru-guru yang bertungkus lumus menyiapkan video tersebut dan mendoakan agar murid-murid itu berjaya menggapai cita-cita yang diimpikan.

Malah ada juga ibu bapa yang turut berkongsi cita-cita anak mereka dan terpaksa akur dengan pilihan tersebut demi kerjaya masa hadapan.

Tahniah untuk cikgu-cikgunya

image is not available

Moga tercapai cita-cita

image is not available

Anak bongsu saya cita-cita sentiasa berubah

image is not available

Dulu nak jadi power rangers

image is not available

Artikel lain: Kanak-Kanak Lawat Ibu Sakit Selepas Bergraduasi Buat Netizen Sebak

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan dan menerima lebih 108,000 tanda suka.

Sumber: TikTok biralimalurimelati

The post Graduasi Prasekolah Meriah, Video AI Papar Kerjaya Buat Kanak-Kanak Teruja! appeared first on Borak Daily.

View Original Article