Grand Theft Auto VI Akan Hadir 2025 – Penantian 12 Tahun Bakal Berakhir

TechnologyGamingDigital
5 Dec 2023 • 10:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Treler Grand Theft Auto VI (GTA 6) telah dilancarkan dua belas jam lebih awal daripada sepatutnya pagi ini selepas ia tertiris ke arena web. Menerusi treler yang dikongsi, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.

Berdasarkan treler yang sama, kita dapat melihat watak utama permainan tahun ini ialah seorang wanita yang baru dilepaskan daripada penjara. Tidak diketahui sama ada GTA 6 akan mengikuti perjalanan hidup beliau selepas atau sebelum dibelanjakan. Tiada petunjuk lebih daripada satu watak boleh dikawal seperti GTA V sebelum ini.

Turut menarik ialah terdapat media sosial seakan TikTok di dalam permainan dengan pemain boleh mengikuti akaun pempengaruh media sosial ataupun pihak polis sendiri. Dari segi peta pula, dapat dilihat kawasan pulau dari GTA Vice City kembali bersama kawasan luar bandar yang jauh lebih besar. Di akhir treler, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan ia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk permainan GTA baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved