Graphjet Technology mula didagang di pasaran saham Nasdaq, sedia terajui pengeluaran grafit mampan

Business & Finance
25 Mar 2024 • 2:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Graphjet Technology mula didagang di pasaran saham Nasdaq, sedia terajui pengeluaran grafit mampan

diyana

25/03/2024 - 14:33

KUALA LUMPUR 25 Mac - Graphjet Technology Sdn Bhd bersedia untuk menerajui pengeluaran grafit yang mampan selepas ia mula didagangkan di pasaran saham Amerika Syarikat, Nasdaq pada 15 Mac lalu di bawah simbol GTI.

"Membunyikan loceng Nasdaq adalah detik yang membanggakan bagi kami semua di Graphjet Technology. Ia menandakan kemuncak kerja keras dan dedikasi lebih daripada dua tahun oleh pasukan kami.

"Ketika melangkah ke lembaran baharu ini sebagai syarikat dagangan awam, kami lebih komited berbanding sebelum ini untuk menerajui pengeluaran grafit yang mampan dan menyumbang kepada masa depan yang mampan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Graphjet Technology, Aiden Lee Ping Wei dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available
Graphjet Technology disenaraikan di Nasdaq pada 15 Mac 2024

Upacara membunyikan loceng yang merupakan satu tradisi di Wall Street, diketuai oleh Aiden Lee, bersama Pengerusi, Lim Hooi Beng; Pengarah Eksekutif, Jay Aw; Ketua Pegawai Teknologi, Liu Yu dan ahli penting lain dalam pasukan pengurusan syarikat.

Pendekatan inovatif Graphjet Technology untuk menghasilkan grafit dan graphene daripada sisa pertanian telah menetapkan standard baharu dalam industri.

Dengan proses pengeluaran yang mengurangkan jejak karbon sehingga 83% dan kos sehingga 80% berbanding kaedah tradisional, Graphjet Technology berada di kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk bahan kritikal ini, terutamanya di pasaran AS.

image is not available
(Dari kiri) Pengerusi Graphjet Technology, Lim Hooi Beng; Pengarah Eksekutif Graphjet Technology, Jay Aw; Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Graphjet Technology, Lee Ping Wei; Ketua Pegawai Teknologi Graphjet Technology, Liu Yu selepas acara membunyikan loceng di Nasdaq, New York pada 15 Mac 2024

Penyenaraian syarikat itu di Nasdaq baru-baru ini akan meningkatkan lagi strategi pertumbuhan Graphjet Technology dan pengembangan kapasiti pembuatan.

“Graphjet Technology kekal berdedikasi untuk menyampaikan nilai pemegang saham melalui teknologi terobosan dan amalan lestari dalam perniagaan.

“Visi syarikat untuk memacu inovasi merentas pelbagai industri dengan grafit dan graphene yang dihasilkan secara lestari kini boleh dicapai lebih berbanding sebelum ini, disokong keterlihatan global dan platform kukuh yang disediakan oleh penyenaraian di Nasdaq,” menurut kenyataan itu. - DagangNews.com