Greek: 15 migran maut dalam insiden bot karam

6 Oct 2022 • 5:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ATHENS: Lima belas orang terkorban apabila bot yang membawa pelarian dan migran karam di luar pantai pulau Lesvos di Laut Aegean, kata Pengawal Pantai Greece pada pagi Khamis.

Menurut kenyataan akhbar, 15 mangsa yang selamat memberitahu terdapat 40 orang di atas bot ketika kejadian berlaku dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Semua mangsa adalah wanita muda berasal dari Afrika, lapor Xinhua memetik jurucakap Pengawal Pantai Hellenic Nikos Kokkalas.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, 80 orang telah diselamatkan dari pulau Kythira di selatan Greece selepas sebuah bot melanggar batu dan karam pada malam Rabu.

Mangsa yang terselamat berkata kira-kira 95 orang berada di atas bot itu. Tiada maklumat diberikan mengenai kewarganegaraan mereka.

Kedua-dua operasi menyelamat terganggu disebabkan angin kencang Tahap Lapan pada skala Beaufort, menurut pihak berkuasa.-Bernama