Green Packet Terima Lesen Pemberian Pinjaman Digital

TechnologyDigital
13 Jan 2025 • 6:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Green Packet melalui anak syarikat milik penuh, Packet Interactive Sdn Bhd, kini telah menerima lesen pemberian pinjaman digital. Lesen ini diberikan oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dan berkuat-kuasa sehingga Ogos 2026 kelak.

Dengan mempunyai lesen ini, kelak Packet Interactive boleh memperluaskan penawaran khidmat kewangan kepada para pelanggan di Malaysia, terutamanya dalam bentuk pinjaman.

Untuk makluman, Green Packet mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, dan suatu masa dahulu terkenal dengan perkhidmatan telekomunikasi P1 dibawah mereka, sebelum diambil-alih oleh Telekom Malaysia.

Melalui laman rasmi GreenPacket, mereka kini dilihat memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk kewangan digital, peranti pintar, pembangunan bandar pintar, komunikasi, dan juga akademi. Kiplepay, salah satu penyedia khidmat kewangan di Malaysia juga merupakan salah satu syarikat subsidiari Green Packet.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved