Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengundang perhatian apabila melabel aktivis alam sekitar, Greta Thunberg, sebagai “gila” dan “menghadapi masalah mental”.
Dalam satu kenyataan yang tular, Trump mendakwa remaja berusia 22 tahun itu sebagai seorang “pembuat onar” yang memerlukan rawatan.
“Dia seorang pembuat masalah, dia ada masalah mental, dia gila. Saya rasa dia perlu jumpa doktor. Ambillah dia, ambil dia,” kata Trump.
TRUMP ON GRETA THUNBERG:
"She's a troublemaker, she has a mental problem, she's crazy, I think she needs to see a doctor. You can take her, take her."
He's Projecting, isn't he? pic.twitter.com/NcS4JQTS6x
Tidak berdiam diri, Greta membalas kenyataan tersebut dengan gaya sinis. Dalam satu hantaran di media sosial, aktivis kelahiran Sweden itu menulis bahawa beliau menghargai keprihatinan Trump terhadap kesihatan mentalnya, namun dengan nada yang jelas menyindir.
“Saya dengar Donald Trump sekali lagi memberi pandangan yang sangat ‘memuji’ tentang peribadi saya, dan saya menghargai keprihatinannya terhadap kesihatan mental saya,” tulis Greta.
Baca juga:
Namun, aktivis muda itu tidak berhenti di situ. Dengan nada sindiran halus, Greta turut ‘membalas paku buah keras’ dengan menawarkan diri untuk menerima nasihat daripada Trump mengenai pengurusan kemarahan sambil menyindir bahawa bekas presiden itu sendiri kelihatan bergelut dengan masalah yang sama.
“Kepada Trump: Saya sudi menerima sebarang cadangan anda untuk mengurus ‘masalah kawalan marah’ ini, kerana melihat kepada rekod anda yang mengagumkan, nampaknya anda juga sedang menghadapinya,” katanya.
Respons tajam Greta itu segera tular dan mendapat sokongan besar daripada pengikutnya di seluruh dunia, yang memuji keberaniannya berdepan sindiran Trump dengan cara tenang tetapi penuh sindiran.
Hubungan tegang antara kedua-dua figura itu bukan perkara baharu apabila Trump sebelum ini pernah mengejek Greta selepas beliau dilantik sebagai Person of the Year oleh majalah TIME pada 2019, manakala Greta membalas dengan menukar bio akaun Twitternya ketika itu menggunakan kata-kata Trump sendiri.
How it started: How it ended: pic.twitter.com/S73dclwEBi
Sumber: Facebook Greta Thunberg
The post Greta Thunberg sindir Trump selepas dituduh ‘ada masalah mental’ appeared first on The Reporter.


