GRO goda pelanggan kaut tip sehingga RM500

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 4:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara wanita warga asing yang diperiksa JIM dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Isnin.
image is not available
Wan Mohammed Saupee
image is not available
Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan.

KUALA LUMPUR - Godaan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi mendapatkan tip sehingga RM500 setiap pelanggan dibongkar dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini pada Isnin.

Op Gegar bermula jam 10.45 malam dijalankan sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 16 individu ditahan iaitu 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta seorang majikan tempatan.

**media[3345224]**

Menurutnya, semakan mendapati PATI terbabit melibatkan 14 wanita iaitu sembilan Indonesia, empat Filipina dan seorang Bangladesh yang disyaki berperanan sebagai GRO, manakala seorang lelaki Bangladesh disyaki pekerja premis.

"Siasatan awal mendapati wanita warga asing terbabit dipercayai akan datang kepada pelanggan-pelanggan sebagai peneman berhibur.

"Berdasarkan maklumat awal, tip yang diterima gadis terbabit dikatakan antara RM200 hingga RM500 bergantung layanan diberikan," katanya pada Rabu.

**media[3345226]**

Tambahnya, dalam serbuan berkenaan, terdapat beberapa GRO cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan operasi JIM.

Katanya, kecekapan pemeriksaan anggota menemui wanita terbabit bersembunyi di ruangan tandas.

"Antara kesalahan PATI yang dikesan ialah salah guna pas lawatan sosial serta langgar syarat pas," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen Imigresen 1959/63.

View Original Article