
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan program jerayawara GRS Bersama Rakyat di setiap kawasan parlimen di Negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Jerayawara itu akan diadakan bermula Ogos ini,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS selepas mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di ibu pejabat GRS, di sini, hari ini.
Katanya, mesyuarat GRS hari ini juga membincangkan persiapan Pilihan Raya Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

