GRS beri jaminan sokong Anwar

Politics
1 Dec 2022 • 5:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 dan memberi jaminan Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama penuh dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin akan wujud kerjasama erat bagi merealisasikan pelbagai aspek pembangunan

termasuk usaha memenuhi hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, yang baru ditubuhkan.

“Pengalaman luas Anwar diyakini mampu membawa kebangkitan ekonomi yang amat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada 24 Nov.

Beliau juga berharap Manifesto Pakatan Harapan termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, GRS bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Hajiji berkata GRS mempunyai pendirian sama dengan GPS untuk mematuhi nasihat Agong bagi menubuhkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ia adalah perlu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan segera, tambahnya.

“GRS berpendapat penubuhan kerajaan perpaduan haruslah inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang mendapat mandat rakyat. Untuk memastikan negara maju, kita mesti mempunyai kestabilan politik bagi menjamin pembangunan ekonomi, ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.