
KUDAT: Bahang pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) kian terasa selain strategi pimpinan pelbagai parti tidak menggoyah keyakinan akar umbi terhadap pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tegas Adun Tanjong Kapor Datuk Ben Chong.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tanjong Kapor itu berkata, sama ada solo atau tidak, sebagai wakil rakyat di bawah pucuk pimpinan presiden parti, sokong dan akur adalah jalan terbaik.
“Berkenaan tanding solo, saya rasa apa juga keputusan yang diputuskan oleh Ketua Menteri, kita akur sahaja, kerana bagi saya, di akar umbi, solo kita boleh, tidak solo pun kita boleh,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ben menegaskan seluruh ahli PGRS dan GRS, khususnya DUN Tanjong Kapor sentiasa berada di belakang pucuk pimpinan Hajiji, di mana segala keputusan yang dibuat oleh beliau selaku Ketua Menteri, harus diberi sokongan penuh.
Ben berkata demikian pada majlis persidangan cawangan-cawangan PGRS DUN Tanjong Kapor 2025 dekat sini, Ahad lepas.
Menurutnya, sepanjang persidangan di beberapa lokasi berasingan membabitkan lebih 100 cawangan, kehadiran ahli sangat memuaskan dan jika berdasarkan komitmen ahli sahaja, beliau yakin GRS mampu mempertahankan kerusi Tanjong Kapor pada PRN akan datang.
Dalam pada itu, Ben berpendapat pihak pembangkang apatah lagi parti bebas tidak akan menjadi kerajaan.
“Saya bertahan dua tahun enam bulan sebagai wakil rakyat pembangkang. Saya tahu peritnya rakyat tanpa pertolongan. Oleh itu saya rela digelar katak oleh penyokong Warisan, daripada sedih melihat rakyat saya tanpa pembelaan dan bantuan khususnya daripada kerajaan.
“Berkenaan penyokong yang saya bawa dari Warisan, sememangnya agak ramai, ditambah dengan penyokong-penyokong asal dari GRS. Jadi, saya rasa, untuk GRS mencapai kemenangan dalam PRN17 tidak menjadi masalah untuk dikekalkan tanpa mengira siapapun calon yang diputuskan nanti,” katanya.
