GRS, GPS tidak akan tinggalkan Anwar

Politics
8 Mar 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) berkata dakwaan Parti Warisan bahawa gabungan pemerintah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meninggalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika berlaku pergolakan politik, adalah tidak masuk akal.

Beliau menegaskan GRS bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuat keputusan bersama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Kerana itu, katanya, adalah tidak wajar Ketua Penerangan Warisan Datuk Azis Jamman membuat dakwaan karut dan jahat, malah dia mahu menjadi “Nujum Pak Belalang”, dengan mendakwa GRS akan menjadi yang pertama meninggalkan parti PM.

“Hakikatnya Warisan termasuk Azis mempunyai niat untuk tidak menyokong mana-mana parti atau pemimpin negara, dan atas sebab itu mereka memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar dan bertanding secara solo pada PRU15.

“Realitinya keputusan Warisan menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 adalah kerana mereka tiada pilihan lain kerana hanya mempunyai tiga ahli parlimen.

“Sokong atau tidak sokong tidak memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan PH, BN, GPS dan GRS,” kata Nizam yang juga Adun Apas dalam satu kenyataan.

Nizam berkata, Azis dan pihaknya cuba menutup kesilapan sendiri, dengan menuding kepada pihak lain dan kenyataan Azis hanyalah ilusi dan andaian liar.

“Berdasarkan pengalaman lepas dalam Kerajaan Negeri Sabah semasa Warisan mengetuai gabungan mereka, saya yakin parti komponen PH di Sabah tahu sikap dan keikhlasan Warisan dalam soal kerjasama dan muafakat.

“Supaya Aziz tidak terus mabuk, kerana tindakan Adun partinya yang menarik diri bersama pemimpin akar umbi parti, semua parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri sudah lama melangkah termasuk pemimpin GRS.

“Seperti yang dibuktikan melalui sokongan terhadap sebarang keputusan dan misi Kerajaan Perpaduan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Hajiji Noor.

“Tidakkah Azis sedar apabila Perdana Menteri datang untuk Amanat Perdana Menteri untuk penjawat awam Persekutuan dan Negeri baru-baru ini, bagaimana reaksi kepimpinan negeri kepada Perdana Menteri,” katanya.

Nizam berkata dengan sokongan Kerajaan Sabah, di bawah pimpinan GRS dan PH Sabah, kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak akan ada tindakan khianat, seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu, iaitu didalangi oleh pemimpin Warisan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri dan membentuk kerajaan pintu belakang.

“Jadi jangan anggap pemimpin dan parti lain adalah sama hanya kerana pemimpin dan parti kamu berniat jahat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.