GRS sedia buktikan keabsahan sokongan kepada Hajiji

Politics
5 Jan 2023 • 1:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun (gambar).

Beliau berkata ini kerana difahamkan ada pihak tertentu mendakwa telah memperoleh sokongan lebih separuh daripada Adun Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, Hajiji telah menerima perakuan dan sokongan majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri masa ini termasuk sokongan daripada tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak berwajib apabila dan sekiranya perlu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

DUN Sabah mempunyai 79 Adun iaitu 73 Adun yang dipilih dan enam Adun dilantik.

Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 Adun iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Harapan Rakyat Sabah (1), dan seorang Adun Bebas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.