TONGOD: Empat gabungan parti politik berpengaruh di Kuamut kini berada pada persiapan terakhir menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17).
Empat parti utama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Usno sudah bersiap sedia menghadapi cabaran pilihan raya kali ini.
Pengerusi GRS Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata gabungan itu telah melengkapkan jentera bagi menyaingi parti-parti lawan, sambil bertekad mempertahankan kekuatan dominan GRS di kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat ejen pusat mengundi dan ejen pengiraan undi di Dewan Simpang Entilibon, kelmarin.
Turut hadir, Pengarah Sekretariat Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali, yang mengetuai delegasi pegawai latihan dan penceramah dari Kota Kinabalu bagi sesi taklimat tersebut.
Menurut Masiung, GRS Kuamut tidak hanya bergantung kepada laporan Sekretariat War Room, sebaliknya telah turun padang sejak lebih setahun lalu.
“Misi kita adalah mempertahankan kerusi GRS dan memperoleh majoriti besar di Kuamut menjelang PRN-17.
“Sebagai langkah kesiapsiagaan, GRS yang dipayungi Gagasan Rakyat sudah memulakan gerak kerja parti di seluruh kawasan Kuamut sejak tiga tahun lalu,” tegasnya.
Masiung, yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat, berkata satu jawatankuasa bersama telah dibentuk di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memastikan persiapan kempen berjalan teratur.
Hadir sama pada sesi itu ialah Ketua Bahagian GRS Kuamut, Mandik Yadam (Star), James Aik (Usno) dan Dusin Janis (PBS).
Seramai 300 ahli jawatankuasa jentera utama GRS turut serta dalam ceramah dan taklimat akhir berkenaan, sambil berikrar memberi sokongan penuh kepada calon GRS yang akan bertanding mempertahankan kerusi Kuamut.