
Kota Kinabalu: Setiausaha Agung Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun, berkata mesyuarat sebelum ini berhubung pembahagian kerusi pilihan raya, yang dijadualkan berlangsung Ahad lalu, ditunda atas sebab tertentu.
“Mesyuarat itu ditunda dahulu kerana belum ada apa-apa lagi. Apa yang berlaku ialah ada pemimpin parti yang tidak dapat hadir kerana mereka mempunyai komitmen di Parlimen.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Disebabkan itu, mesyuarat yang dirancang ditunda dahulu kerana presiden tidak dapat hadir.
“Dia akan hantar timbalan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Khamis.

