GSC 3 Damansara Henti Operasi, Ditutup Secara Kekal Bermula 18 Mac Ini

7 Mar 2024 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

GSC 3 Damansara Henti Operasi, Ditutup Secara Kekal Bermula 18 Mac Ini

Golden Screen Cinemas (GSC) Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan operasi cawangannya di 3 Damansara akan dihentikan dan ditutup sepenuhnya bermula 18 Mac ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh GSC menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman facebooknya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, tayangan terakhir di GSC 3 Damansara adalah pada 17 Mac.

“Kita menempuh perjalanan yang luar biasa sejak GSC 3 Damansara dibuka kali pertama pada 20 Jun 2009. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan diberikan anda kepada kami sepanjang 15 tahun ini.

“Segala kegembiran dan emosi yang kita kongsi, akan kekal bersama kami buat selama-lamanya,” kata GSC lagi.

image is not available

Ujar GSC, para pelanggan GSC 3 Damansara boleh terus berkunjung ke mana-mana cawangannya yang berdekatan untuk menikmati filem-filem terbaharu yang ditayangkan.

Antaranya di GSC The Starling Mall, GSC Paradigm Mall, GSC 1 Utama dan GSC Tropicana Garden Mall.

Sumber: GSC