GSC Alamanda henti operasi 13 Ogos ini

2 Aug 2023 • 7:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
GSC menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

GOLDEN Screen Cinemas (GSC) memaklumkan cawangannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya akan menghentikan operasinya berkuat kuasa 13 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pihak GSC menerusi hebahan di media sosialnya hari ini.

"Lima belas tahun sejak kami membuka pintu pada 5 April 2008, kami rasa bangga dapat berkongsi banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama anda.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda selama ini. Senyuman, ketawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami," ujar GSC dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi penduduk sekitar Putrajaya atau berhampiran yang ingin menonton, masih boleh berbuat demikian di GSC IOI City Mall 1 dan 2.

Kebanyakan pengguna media sosial turut berkongsi rasa sedih dan mengimbau kenangan ketika menonton wayang di situ.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved