GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

EntertainmentMovie
24 Sep 2026 • 11:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

Peminat setia Marvel Studios pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton tayangan semula Avengers: Endgame di pawagam GSC hari ini!

Penayangan semula filem Avengers: Endgame di seluruh cawangan pawagam GSC bakal mengimbau kembali nostalgia kemuncak epik siri ini buat para peminat.

Makan popcorn guna Nano Gauntlet Iron Man

Image from: GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

Dalam pada itu, sempena tayangan semula filem ini GSC juga menjual bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet yang berinspirasikan dari watak hero Iron Man dengan harga RM159.

Bukan itu saja, rekaan bekas popcorn koleksi ini menampilkan ke semua batu infiniti lengkap dengan ciri lampu LED yang menarik dan ia diperbuat daripada plastik dengan kombinasi kemasan logam.

Dengan pembelian bekas popcorn Nano Gauntlet ini, ia juga tersedia dengan dua bateri jenis AAA bagi menghidupkan lampu LED yang berwarna warni.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan bekas popcorn istimewa ini, anda boleh dapatkannya menerusi kedai dalam talian Keepsake by GSC bermula hari ini.

Bekas popcorn helmet Iron Man

Image from: GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

Menjengah ke laman X, GSC juga memaklumkan bakal menjual bekas makanan bentuk helmet Iron Man dengan harga RM99 secara dalam talian di Keepsake by GSC dan bagi kombinasi kombo pula berharga RM109 dimana anda akan mendapat satu bekas popcorn helmet Iron Man dan satu set kombo biasa popcorn beserta air.

Paling memukau, bekas popcorn berbentuk helmet Iron Man ini turut dilengkapi lampu LED biru yang mempamerkan tulisan emosional “I Love You 3000”. Pastinya bakal menjadi buruan utama dan membuatkan peminat sejati Iron Man cair tak bertepi!

Menurut hantaran GSC di laman X, koleksi bekas popcorn helmet Iron Man ini boleh didapati di cawangan GSC terpilih dan menerusi kedai dalam taliannya Keepsake by GSC. Namun ketika artikel ditulis, laman kedai dalam talian berkenaan masih belum tersedia untuk koleksi ini.

Apa pun ada yang tertarik dengan bekas popcorn tangan Iron Man ini? Kongsikan pandangan anda bersama kami!

Sumber Facebook GSC, X GSC

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved