GSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera Israel

25 May 2026 • 12:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: GSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera Israel
Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Image from: GSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera Israel
Antara penyokong yang hadir bagi menyambut kepulangan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 di di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang.

SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.

Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

**media[3531754]**

Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.

Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa.