GSF 2.0: ‘Kami konsisten teruskan pelayaran ke Gaza’ – ZRA

LocalPolitics
4 May 2026 • 9:49 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Zainal Rashid Ahmad menerusi klip video Facebook ZRA Strim berkaitan misi Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza

Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menegaskan mereka tidak akan kembali ke Kuala Lumpur, sebaliknya memilih untuk meneruskan pelayaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dari Istanbul.

Bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad berkata, walaupun berdepan tekanan dan layanan kurang memuaskan ketika ditahan tentera Israel di atas kapal, semangat mereka untuk meneruskan misi tersebut tetap tidak luntur.

“Kami 10 orang kembali dengan sihat walaupun terima layanan teruk di atas kapal. Kami konsisten, singgah di Istanbul bukan untuk kembali ke Kuala Lumpur, tapi meneruskan perjalanan ke Gaza,” katanya menerusi klip video pada hantaran Facebook ZRA Strim.

Baca juga:

Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya terus bersatu dalam solidariti terhadap Palestin serta tidak melupakan perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Zainal turut menggesa Kerajaan Malaysia mengemukakan nota bantahan rasmi kepada Israel bagi menuntut pembebasan dua aktivis GSF, Saif Abu Keshek dan Thiago Avila yang kini dilaporkan masih ditahan.

“Kami juga gesa kerajaan Malaysia segera hantar nota bantahan rasmi terhadap penahanan Saif Abukeshek & Thiago Avila,” katanya.

Beliau juga mendakwa Saif berdepan risiko hukuman berat sekiranya tidak diberikan pembelaan sewajarnya.

The post GSF 2.0: ‘Kami konsisten teruskan pelayaran ke Gaza’ – ZRA appeared first on The Reporter.