GSF: Haroqs Ditahan, Hasrat Bawa Coklat Untuk Kanak-Kanak Di Sana Tidak Kesampaian

2 Oct 2025 • 5:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
GSF: Haroqs Ditahan, Hasrat Bawa Coklat Untuk Kanak-Kanak Di Sana Tidak Kesampaian

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika menyertai misi GSF.

Haroqs tak sempat beri coklat

Beliau ialah Muhammad Hareez Adzrami, atau lebih dikenali sebagai Haroqs, personaliti media sosial berusia 25 tahun yang menaiki kapal Free Willy bersama aktivis lain.

image is not available

Perjalanan yang sarat dengan harapan itu terhenti di pertengahan laut apabila kapal mereka dicegat secara paksa.

Menurut perkongsian di Threads oleh pengguna @haja_cikitot, Haroqs sempat berkongsi kata-kata ringkas dalam siaran langsungnya pada awal pagi tadi.

“Apa-apa pun, coklat saya masih selamat, stok saya masih banyak, saya nak bagi dekat anak-anak di sana,” katanya.

Ungkapan bersahaja itu kini meruntun hati ramai. Coklat yang mahu diberi mungkin kecil nilainya, tetapi maknanya begitu besar.

Ia lahir daripada hati yang penuh kasih, tanda bahawa perjuangan untuk Palestin bukan sekadar soal bantuan besar, tetapi juga keinginan untuk melihat anak kecil tersenyum walau seketika.

image is not available

Rakaman video terakhir sebelum ditahan memperlihatkan Haroqs bersama dua lagi peserta flotilla, Haikal Luqman dan Dr Taufiq, memaklumkan bahawa mereka sudah pun berada dalam kawalan tentera Israel.

Haroqs sebelum ini aktif berkongsi perkembangan misi kemanusiaan di media sosial, dan keberaniannya menyertai flotilla ini menjadi bukti semangat seorang anak muda yang tidak gentar mempertahankan kemanusiaan.

image is not available

Kini penahanan itu bukan sahaja menimbulkan amarah terhadap kekejaman Israel, tetapi juga meninggalkan rasa sebak yang mendalam di hati rakyat Malaysia.

Hasrat kecil yang tidak sempat ditunaikan itu kini menjadi simbol besar tentang pengorbanan, kasih sayang dan perjuangan seorang anak muda untuk mereka yang ditindas.

Sumber: Threads @haja_cikitot