GSF: Kapal Bawa Zainal Rashid Ahmad, Ustaz Mad Kecik Dikepung

2 Oct 2025 • 5:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik dari MyCare Terengganu, dipercayai telah dikepung dan dipintas tentera Israel sebentar tadi.

Kapal Zainal Rashid Ahmad dikepung

image is not available

Menurut laporan Buletin TV3, kapal itu turut disertai dua kru iaitu seorang kapten dan pembantu jurumudi.

Dalam satu hantaran di TikTok, memaparkan rakaman siaran langsung kamera litar tertutup (CCTV) kapal berkenaan, memperlihatkan semua aktivis sudah bersiap sedia dengan mengenakan jaket keselamatan ketika kapal tentera laut Israel semakin menghampiri.

“Kami sudah dikepung oleh empat bot. Satu kapal dan tiga bot ini mungkin terjadi moment terakhir. Semua tengok, saya jangka kapal yang ada sudah hampir (dengan Gaza).

“Arahan daripada perairan (kapten kapal) minta lempar phone (telefon bimbit ke laut),” kongsi ZRA ketika momen-momen bot tentera Israel menghampiri bot mereka.

image is not available

Difahamkan setakat ini, seramai 15 aktivis kemanusiaan Malaysia telah ditangkap oleh tentera rejim Israel termasuklah selebriti Heliza Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee dan Hazwani Helmi.

Bagaimanapun, status rakyat Malaysia yang lain iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang menaiki kapal Estrella, serta Ardell Aryana yang berada di kapal Mikeno, masih belum diketahui.

Sumber: Buletin TV3