GSF : Zainal Rashid Ahmad Pulang Ke Rumah Secara Senyap – “Dia Tak Mahu Dipuji, Disanjung”

8 Oct 2025 • 9:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa pengetahuan umum serta media di KLIA Terminal 1, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh wartawan Syahril A. Kadir berkata Zainal dibawa pulang oleh sahabat baik termasuk Syirfan Indra dan rakan-rakan.

Zainal Rashid Ahmad

image is not available

“Air mata kami berlinangan bila memeluk lelaki berusia 58 tahun ini di rumahnya tengah malam tadi.

“Tubuhnya makin kurus, riak kelihatan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tapi itulah ZRA,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Syahril menegaskan, orang ramai tak perlu membuang masa memuji atau menyanjung Zainal kerana dia tidak mahu semua tersebut.

Zainal Rashid Ahmad

image is not available

“Dia telah melaksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini. Dia serahkan semuanya pada Allah yang Maha Esa. Dia ingin kembali sebagai insan biasa seperti mana hari-hari sebelumnya.

“Jangan buang masa memuji dan menyanjung dirinya, dia tidak mahu semua itu. Itu bukan dia!” ujarnya lagi.

Semalam, 23 sukarelawan Malaysia selamat pulang ke tanah air selepas ditahan tentera rejam zionis sejak 2 Oktober lalu dala misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sumber: Facebook @Syahril A. Kadir