GST mampu hapus pasaran gelap

1 Oct 2023 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar kecil: Norsyahrin Hamidon

SHAH ALAM - Kerajaan dicadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menghapuskan pasaran gelap selain membantu meningkatkan perniagaan Bumiputera.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, pelaksanaan semula GST adalah penyelesaian paling penting kerana kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai korporat dan boleh diturunkan sekiranya kewangan negara kembali kukuh.

“Sekarang ini kita kalau boleh mahu kerajaan banteras ekonomi gelap kerana ada individu tidak membayar cukai, membuatkan pendapatan kerajaan rendah.

“Ia dilihat mampu menghapuskan pasaran gelap disebabkan banyak kartel dan individu yang lari cukai tidak dapat berbuat demikian kerana GST merupakan rejim cukai paling efisien,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang dimansuhkan sebelum ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk membangunkan cukai keuntungan modal yang bakal dilaksanakan pada 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved