Gua Kelam, Bukit Ayer Ditutup Sementara

15 Aug 2023 • 5:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Banjir di Gua Kelam, Perlis. - gambar Facebook

KANGAR - Beberapa kawasan rekreasi di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam ditutup sementara bermula hari ini, berikutan arus deras akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata penutupan sehingga dimaklumkan kelak itu dilakukan bagi menjaga keselamatan pengunjung ke kawasan berkenaan.

“Di Gua Kelam, kita terpaksa menutup sementara Jambatan Gantung Gua Kelam 1 dan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam.

“Bagaimanapun, aktiviti lain di Galeri Gua Kelam, rumah cermin dan eksplorasi Gua Kelam 2 dibuka seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ag Shaffie berkata di Bukit Ayer pula, pihaknya menutup sementara aktiviti rekreasi air di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Sungai Batu Pahat.

Bagaimanapun, beliau berkata Kolam Renang Bukit Ayer dan Taman Rimba Herba Perlis masih dibuka seperti biasa.

Mengikut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan dan rebut petir di satu dua  tempat di Perlis dijangka berlarutan sehingga Ahad (20 Ogos). - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved