Gua Kelam Chalet, Chalet Ala Inggeris Yang Mendamaikan Jiwa!

TravelHome & Living
14 Aug 2023 • 3:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Perlis boleh dikatakan antara negeri yang sangat underrated dari segi pelancongan! Banyak sangat hidden gem yang tersedia untuk korang tau! Salah satu landmark utama di Perlis sudah tentunya Gua Kelam. Siapa sangka, berhampiran dengan Gua Kelam ada satu chalet ala Inggeris yang cukup menawan!

image is not available

image is not available

Gua Kelam Chalet, merupakan satu penginapan yang diusahakan oleh satu keluarga. Gua Kelam Chalet ni boleh dikatakan sempurna untuk dijadikan port retreat untuk keluarga, pasangan dan juga kumpulan. Dihiasi dengan landskap semulajadi yang menghijau dan sangat mendamaikan! Menampilkan hiasan dalaman ala inggeris,minimal dan yang paling penting selesa!

image is not available

Terdapat 6 jenis bilik yang boleh korang tempah:

1. Presidential Suite - Sesuai untuk 4 orang, 2 katil Queen (dari RM468 per night)

image is not available

2. Family Suite - Sesuai untuk 4 orang, 2 katil single dan 1 katil Queen (dari RM488 per night)

image is not available

3. Junior Suite - Sesuai untuk 2 orang, satu katil Queen (dari RM258 per night)

image is not available

4. Standard Room - sesuai untuk seorang, satu katil Queen (dari RM118 per night)

image is not available

5. Deluxe Room - sesuai untuk 3 orang, satu katil Queen dan satu katil single (dari RM298 per night)

image is not available

6. Superior Room - sesuai untuk 4 orang, 2 katil Queen (dari RM398 per night)

image is not available

Kesemua bilik yang tersedia lengkap dari segi kemudahan asas tau seperti wifi, tv, shower dan tuala juga disediakan! Kolam renang pun ada, memang ngam untuk satu percutian keluarga! Selain itu, ada ruang hiburan untuk korang isi masa lapang dengan berkaraoke dan juga bermain pool!

image is not available

Antara aktiviti menarik dan lain dari yang lain yang ada di Gua Kelam Chalet:

1️⃣ Meneroka Gua Kelam image is not available
2️⃣ Jungle Trekking

image is not available
3️⃣ Ladang Haiwan dan berkuda

image is not available
4️⃣ Berbasikal, basikal ada disediakan tau!

image is not available
5️⃣ Bersantai

image is not available

Berikut adalah maklumat untuk sebarang info dan tempahan:

_____________________________________________________

Alamat:

368 Belakang Sekolah Cina,

02200 Kaki Bukit, Perlis.

No Tel: 019-5060596