"Gua Lepak" - Port Makan Dalam Gua, 'Hidden Gem' Terbaru Di Batu Caves!

Food
14 Mar 2023 • 6:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kalau sebut tentang Batu Caves, pasti ramai yang hanya mengetahui ianya merupakan lokasi popular setiap kali tibanya perayaan Thaipusam.

Sementara gua, binaan patung gergasi dan tangga warna-warni Batu Caves pula terkenal sebagai tarikan pelancong dari seluruh dunia!

Tetapi masih ramai tidak tahu bahawa kini Batu Caves mempunyai satu lagi tarikan baru atau "hidden gem" yang tersendiri apabila terdapat sebuah 'tempat makan dalam gua' di sana.

image is not available

image is not available

Port makan yang dimaksudkan adalah GUA LEPAK Hidden Street Dining, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor yang baru sahaja dibuka secara rasmi pada 3 Mac lalu.

Gua Lepak menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana gua yang sejuk dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau korang nak tahu, Gua Lepak adalah sebuah tempat makan yang berkonsepkan jualan gerai-gerai di mana terdapat 15 jumlah gerai kesemuanya yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta ada juga gerai shisha untuk yang nak melepak lama.

image is not available

Walaupun korang makan dalam gua, tetapi jangan risau di Gua Lepak mereka turut menyediakan kemudahan WIFI, kawasan letak kereta percuma, surau dan tandas.

image is not available

Jadi tunggu apa lagi sebelum tempat ini jadi viral dan kena beratur panjang nak makan nanti, jom datang lepak cepat dengan geng-geng korang!

Gua Lepak dibuka dari pukul 5 petang hingga 1 pagi.

image is not available

View Original Article