
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan untuk Bumiputera menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta belanjawan tahunan kepada golongan bukan Bumiputera. Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Guan Eng menyatakan jumlah peruntukan tahunan yang diberikan kepada bukan Bumiputera kini hanya sekitar tiga peratus berbanding Bumiputera, dan perkara ini wajar diperhalusi agar tiada golongan yang tertinggal. Guan Eng turut menyangkal dakwaan seorang ahli pembangkang bahawa kerajaan gagal membela nasib Bumiputera, malah mendakwa kenyataan tersebut berbentuk hasutan dan boleh membangkitkan sentimen perkauman. Artikel: Peruntukan bumiputera paling tinggi sejak merdeka, hanya Madani berani beri -PM Anwar Terdahulu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim membangkitkan mengenai rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, sambil mengaitkannya dengan dakwaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mengetepikan kepentingan Bumiputera. Perkara tersebut membuatkan sidang dewan rakyat sedikit kecoh.Bukan Bumiputera hanya 3% dari Bumiputera
“Sebenarnya peruntukan yang diberikan kepada golongan bukan Bumiputera di bawah belanjawan setiap tahun hanya sekadar tiga peratus daripada apa yang diberikan kepada golongan Bumiputera.
Adakah peruntukan ini menunjukkan golongan bukan Bumiputera atau golongan Bumiputera yang diabaikan?
“(Jadi) Saya ingin mengesyorkan agar RMK-13 dan setiap belanjawan menetapkan 10 peratus daripada apa yang diperuntukkan kepada golongan Bumiputera diberikan kepada golongan bukan Bumiputera,” katanya di Dewan Rakyat.

Sangkal dakwaan kerajaan gagal bela Bumiputera
“Ada seorang Ahli Pembangkang cuba memainkan sentimen perkauman berbahaya bila membuat ancaman tragedi 13 Mei akan berulang kerana membuat fitnah tidak berasas bahawa kepentingan golongan Bumiputera tidak dipelihara dan gagal dibela, berbanding dengan golongan bukan Bumiputera.
“Saya harap mereka yang membakar sentimen perkauman, terpulang kepada Speaker untuk ambil tindakan sewajarnya kerana ia sememangnya tindakan hasutan,” katanya lagi.



