
Kota Kinabalu: Tumbuhan bernilai tinggi berasal dari Brazil, Guarana mampu membantu mengatasi masalah kemiskinan penduduk luar bandar di negeri ini jika ia dibenarkan ditanam sebagai komoditi baharu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia berikutan nilai pasaran biji tumbuhan (nama saintifik Paullinia cupana) itu mencecah RM60 sekilogram, dengan setiap pokok dianggarkan mampu menghasilkan hingga 40 kilogram setahun.
Katanya, tumbuhan memiliki nilai farmaseutikal itu bagaimanapun masih dilarang untuk ditanam bagi tujuan komersial di negara ini, berikutan dua isu yang menjadi kekangan utama kepada usaha mengembangkan penanamannya di Malaysia.
“Pertama berkaitan dengan undang-undang Brazil dan tuntutan negara itu terhadap akses sumber genetik tumbuhan berkenaan mengikut Protokol Nagoya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kedua, ia dikaitkan dengan bahaya menanam Guarana kepada tanaman lain, khususnya getah, kerana ada fungus yang boleh merosakkan tanaman lain terutama getah.
“Bagaimanapun, sehingga kini tiada jawapan berhubung dakwaan bahawa Guarana boleh merosakkan tanaman lain, terutama getah yang menjadi komoditi penting kita.
“Kemungkinan juga dakwaan itu hanya satu propaganda untuk menghalang kita daripada menanam Guarana,” katanya pada Borneo International Guarana Conference (BIG C) 2024, di Hotel Hilton, di sini, pada Selasa.
Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, berkata walaupun Guarana berasal dari Brazil, tanaman itu sudah ditanam di Semenanjung selama tujuh keturunan dan kajian menunjukkan tiada bahaya dibawa tumbuhan berkenaan.
Selain itu, katanya, terdapat penemuan yang menunjukkan bahawa tanaman itu juga menjadi spesies asal di Borneo dan sudah ada di Sabah sejak 30 tahun lalu, ditanam di Lagud Sebrang, Tenom.
“Saya mendapat tahu bahawa Guarana juga ada di Borneo sebagai spesies asal dan di Sarawak ia dipanggil sebagai buah ‘kasai’,” katanya.
Berikutan itu, katanya, tiada isu yang menghalang usaha untuk memajukan penanaman Guarana, khususnya di Sabah, memandangkan ia sudah ada di negeri ini.
Katanya, isu tuntutan Brazil terhadap tanaman itu juga tidak timbul kerana biji benih yang akan digunakan untuk mengembangkan tanaman itu adalah yang sudah sedia ada di Sabah.
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua halangan itu perlu dijawab dengan jelas pada persidangan dua hari BIG C 2024 anjuran Cupana Holding Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Star Sabah Berhad dan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
“Tanaman ini boleh membantu menangani kemiskinan, terutama di luar bandar. Jadi perlu mendapatkan jawapan kepada dua masalah itu.
“Selepas itu, saya akan bawa perkara ini ke Kabinet negeri dan beri taklimat kepada jemaah menteri dalam dua minggu lagi supaya kita dapat buat keputusan.
“Ini perlu supaya ia tidak tergantung, sedangkan orang lain sudah dapat untung melalui Guarana, sayapun mau tanam juga,” katanya.
Katanya, bukti yang kukuh diperlukan bagi memastikan dakwaan bahawa Guarana boleh merosakkan tanaman getah, yang menjadi komoditi penting di Sabah ketika ini, adalah tidak benar.
Guarana mengandungi kafein tinggi dan digunakan, antara lain, dalam minuman tenaga, selain ramuan herba untuk tujuan perubatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
