Guardian, salah satu jenama akhbar terkemuka di UK hari ini mengumumkan mereka akan berhenti melakukan perkongsian di X (atau dulunya dikenali sebagai Twitter), disebabkan platform tersebut yang memaparkan pelbagai kandungan yang menganggu dan tidak sihat, termasuk berbentuk perkauman mahupun teori konspirasi.
Sejak Elon Musk mengambil-alih X, pemantauan kandungan dilihat semakin berkurangan, dimana pengguna menerbitkan pelbagai jenis kandungan, termasuk membuli antara satu sama lain pada platform tersebut, disamping perkongsian pelbagai maklumat tidak tepat dan berita palsu.
Guardian mengatakan mereka melihat X membawa lebih perkara negatif berbanding kebaikkan, sekaligus akan berhenti berkongsi di platform tersebut, Guardian akan melihat k platform perkongsian sosial lain bergerak ke hadapan.
Menyentuh mengenainya, Elon Musk melalui X mengatakan Guardian tidak lagi relevan pada masa kini.



