
Guardians of the Galaxy Vol. 3 adalah buah tangan terakhir buat pengarahnya iaitu James Gunn yang kini telah pun berhijrah ke studio DC. Gunn yang juga penulis skrip telah berulang kali mengatakan bahawa trilogy terakhir ini akan memberi tumpuan kepada seorang ahli krew intergalaksi ini iaitu Rocket.
Justeru itu bagi siri kali ini asal-usul sebenar Rocket telah menjadi tumpuan utama dalam penceritaan. Kisah hidupnya bermula dengan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan saintis gila yang diketuai oleh High Evolutionary. Mereka ini cuba mengubah suai haiwan dengan menggabungkan alat mekanikal agar menjadi makhluk yang sempurna dan Rocket adalah salah satu daripada mangsanya.
Detik-detik cemas bermula apabila Adam Warlock telah ke Knowhere untuk memburu Rocket atas arahan Priestess Ayesha. Kedatangan Adam Warlock itu telah menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan berlakulah pelbagai aksi serangan dan tembak menembak. Tanpa diduga Adam Warlock telah menembak tepat bahagian dada Rocket dan ini meyebabkan dia menjadi parah dan hampir mati.


Nebula cuba memberikan bantuan tetapi kemudian mendapati bahawa Rocket mempunyai suis pembunuh dalam badannya dan ia boleh meletup jika mereka cuba melakukan pembedahan ke atasnya. Nebula turut memberitahu bahawa terdapat kod rahsia yang boleh mematikan suis tersebut tetapi kod itu berada di syarikat Orgocorp milik High Evolutionary iaitu orang yang pernah menjalankan eksperimen pada Rocket sewaktu dia kecil dahulu.
Tanpa membuang masa, kumpulan Guardians of the Galaxy pun bersiap sedia untuk menjalankan misi bagi menyelamatkan Rocket. Perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah meminta pertolongan dari kumpulan Ravenger. Ketika berada bersama kumpulan Revenger tanpa diduga Gamora versi yang baru telah hadir untuk membantu Guardians of the Galaxy dan ini menjadikan Star-Lord terpinga-pinga kerana masih teringatkan Gamora kekasihnya lamanya. Situasi ini menjadi sangat melucukan dan menjadi sub plot bagi filem ini.
Bersama Gamora, Guardians of the Galaxy telah menyusup masuk ke pengkalan Orgocorp dan cuba mendapatkan kod rahsia tersebut. Tetapi mereka telah gagal dan akibatnya berlakulah adengan tembak menembak. Setelah mengetahui bahawa kod rahsia itu berada ditempat lain, maka mereka pun mula pergi ke tempat tersebut dan Star-Lord serta Groot telah berhadapan dengan High Evolutionary. Sekali lagi berlakulah aksi berbalas tembakan dan akhirnya Star-Lord berjaya mendapatkan kod rahsia tersebut.


Dengan adanya kod rahsia itu maka Rocket telah berjaya diselamatkan. Rocket juga kemudianya berhadapan dengan High Evolutionary dan mereka berdua mula bertarung dan akhirnya Rokcket berjaya melunaskan dendam lamanya.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 adalah kisah yang penuh emosi dan disulami dengan adegan yang menyedihkan. Lakonan semua pelakonya juga sangat cemerlang terutamanya suara Bradley Cooper untuk Rocket dan Pom Klementief sebagai Mantis. Selain itu beberapa kesan khas terutamanya untuk wajah-wajah pada watak haiwan sungguh menwan dan kadang kala menyayat hati.
Jalan cerita filem ini juga jauh berbeza dengan filem Marvel yang lain kerana ia mengangkat tema kecintaan kepada haiwan dan menonjolkan sikap zalimnya manusia pada alam semulajadi. Jadi ia bukan sekadar cerita tentang adiwira semata-mata.
Pada akhir kredit filem, Rocket telah dipilih menjadi kapten baharu bagi kumpulan Guardians of the Galaxy manakala Star-Lord pula telah kembali ke bumi untuk bertemu dengan datuknya.
Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Oleh: Rasfan Abu Bakar
Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
