Guardiola masih berteka-teki masa depan di Manchester City

Football
20 May 2026 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guardiola masih berteka-teki masa depan di Manchester City
Peminat City mahu Guardiola kekal bersama kelab tersebut. Foto Agensi

PEP Guardiola masih belum memberi kepastian mengenai masa depannya bersama Manchester City selepas pasukannya terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/2026 kepada Arsenal.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, keputusan berhubung masa depannya hanya akan dibincangkan selepas musim tamat bersama pihak kelab termasuk pengerusi, pemain dan staf kejurulatihan.

“Saya mempunyai baki satu tahun kontrak. Saya berada dalam situasi ini sudah lama. Biasanya, membuat pengumuman ketika musim masih berjalan bukan keputusan yang baik.

“Orang pertama yang perlu saya berbincang ialah pengerusi kelab. Kami akan membuat keputusan selepas musim berakhir,” katanya.

Guardiola turut menegaskan beliau gembira bersama City meskipun spekulasi kuat mengaitkannya dengan kemungkinan meninggalkan kelab itu selepas perlawanan terakhir musim ini menentang Aston Villa.

“Saya lelaki paling gembira di dunia untuk berada di kelab ini. Ia kelab yang luar biasa,” tambahnya.

Kenyataan itu hadir selepas keputusan seri 1-1 menentang AFC Bournemouth yang menyaksikan City gagal mengejar Arsenal dalam perebutan kejuaraan liga.

Sejak mengambil alih pada 2016, Guardiola telah meraih 17 trofi utama termasuk enam gelaran EPL, selain membawa City menjuarai Liga Juara-Juara pada 2023.

Dalam tempoh sedekad di England, beliau turut mencipta pelbagai rekod termasuk kemenangan empat gelaran liga berturut-turut serta musim 100 mata bersejarah.

Namun masa depannya kini menjadi tanda tanya, dengan beberapa nama sudah mula disebut sebagai calon pengganti sekiranya beliau benar-benar meninggalkan Etihad.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved