Gudang simpan kertas, bahan kimia terbakar di Pelabuhan Klang

24 Apr 2025 • 2:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebuah gudang kertas dan bahan kimia di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Barat, Klang dekat sini terbakar dalam kejadian pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan insiden itu kira-kira 10.10 pagi tadi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan gudang penyimpanan kertas terbakar 40 peratus dengan kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata makluman awal juga mendapati kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Klang Selatan, Klang Utara, Pulau Indah, Bukit Jelutong dan Damansara digerakkan bagi mengawal kebakaran,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved