Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran - Bomba

13 Apr 2024 • 8:11 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Sebuah gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Penguatkuasa Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.

“Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6 petang tadi, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 66 anggota.

“Kebakaran dapat di kawal jam 8.30 malam dan ketika ini kerja-kerja memadamkan kebakaran masih dijalankan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tinjauan Bernama mendapati kebakaran itu menyebabkan asap hitam dan tebal kelihatan pada petang tadi namun pihak media tidak dibenarkan berada berdekatan di kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved