Gudang topi keledar, barang tiruan RM702,000 diserbu

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 11:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gudang topi keledar, barang tiruan RM702,000 diserbu

KLANG – Kegiatan menyimpan dan mengedar topi keledar motosikal tidak mematuhi peraturan penandaan keselamatan serta barangan tiruan bernilai lebih RM700,000 berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah gudang di daerah ini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 3 petang itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, operasi tersebut membawa kepada rampasan 1,413 unit topi keledar motosikal bernilai RM211,950.

Menurut beliau, pihaknya turut menyita 700 unit pelbagai barangan yang dipercayai menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah dengan nilai dianggarkan RM490,000.

“Seramai tujuh individu termasuk tiga pengarah syarikat berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah diperiksa bagi membantu siasatan.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 701,950,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menjelaskan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“KPDN Selangor memberikan amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak sesekali terlibat dalam aktiviti pengedaran barangan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Gudang topi keledar, barang tiruan RM702,000 diserbu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved