
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi detik memilukan apabila bekas isterinya, Adira Suhaimi jatuh pengsan di rumah.
Kejadian itu diceritakan oleh Datuk Red menerusi siaran langsung di TikTok dan ianya telah mengundang perhatian ramai.
Adira Suhaimi pengsan depan anak-anak
Moga cepat sembuh Ami. Terbaik tok..tunggu Ami #abgred #adirasuhaimi #tiktoklive #fyp
Menurut Datuk Red, beliau berasa sebak melihat keadaan Adira yang sangat lemah selepas pengsan.
Saya menangis, tadi gugur air mata seorang duda. Adira pengsan tadi depan anak-anak dan abang dia. Bila Adira sedar dari pengsan, muka dia sangat pucat. Bibir jadi biru.
Tambahnya, situasi tersebut turut memberi kesan mendalam kepada anak sulung mereka, Anggrek, yang menangis melihat kejadian itu.
Kalau apa-apa jadi, aku ini seorang ayah yang tak berguna. Tidak boleh diharap.
Harapan untuk bersatu kembali
Moga cepat sembuh Ami. Terbaik tok..tunggu Ami #abgred #adirasuhaimi #tiktoklive #fyp
Dalam siaran tersebut, Datuk Red dilihat memegang cincin milik Adira sambil mengucupnya dengan penuh rasa rindu.
Beliau turut meminta orang ramai mendoakan agar hubungan mereka dapat disatukan kembali.
Adira Suhaimi dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 2015 sebelum berpisah pada tahun 2020. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak sepanjang perkahwinan mereka.
#OhmediaNasihat
Hubungan keluarga adalah perkara yang perlu dijaga dengan baik, terutama melibatkan anak-anak. Jika ada peluang untuk memperbaiki hubungan, tidak salah untuk mencuba demi kebaikan bersama.
Semoga apa yang berlaku menjadi peringatan untuk kita sentiasa menghargai insan yang kita sayangi.

Jap!

