Guinea: Letupan gudang bahan api akibatkan 100 cedera, beberapa lagi maut

18 Dec 2023 • 7:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 100 orang cedera manakala beberapa lagi terbunuh dalam letupan di sebuah depoh bahan api di Conakry, ibu negara Guinea, lapor media tempatan pada Isnin, lapor Sputnik.

Letupan berlaku pada Ahad malam di daerah Kaloum, pusat perniagaan dan pentadbiran Conakry yang menempatkan istana presiden, bangunan kementerian, kedutaan dan bank.

Portal berita Africaguinee yang memetik sumber melaporkan, satu daripada hospital-hospital di Conakry menerima sekurang-kurangnya 100 mangsa semalaman.

Letupan itu menyebabkan kerosakan besar gudang dan kediaman berhampiran.

Sementara itu, hanya petugas perubatan dan pasukan keselamatan yang dibenarkan memasuki kawasan berkenaan. -Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved