Guna bahan murah tapi nampak mahal. Wanita ini DIY ring clip dan cermin jadikan perhiasan rumah

Home & LivingDesign
31 Oct 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

LAZIMNYA ring clip digunakan untuk kerja-kerja pejabat dan sekolah.

Gegelung besi itu digunakan untuk mencantum kertas atau kad supaya menjadi lebih kemas dan teratur.

Seorang wanita bagaimanapun mencipta kelainan apabila menggunakan ring clip sebagai bahan utama untuk menghasilkan perhiasan rumah.

image is not available

Menggunakan user name normilayah99 di laman TikTok, beliau berkongsikan DIY cara penghasilannya.

 

Berikut bahan-bahan dan kaedah penyediaannya.

image is not availableimage is not availableBahan-bahan
-Ring clip Eco Shop [BELI DI SINI]
-Cermin bulat Ninso [BELI DI SINI]
-Button sofa [BELI DI SINI]
-Gam [BELI DI SINI]
-Rhinestons [BELI DI SINI]

Kaedah penyediaan:

image is not available1. Gam button sofa untuk dijadikan sebagai tapak bawah cermin.

image is not available2. Gam rhinestons di sekeliling cermin.

image is not available3. Susun dan gam ring clip pada bahagian atas cermin menggunakan glue gun.

image is not available4. Siap.

image is not availableMudah sahaja langkahnya tetapi hasilnya memang ‘meletop’!

Dah siap bolehlah hias dengan lilin atau pasu kecil berisi bunga.

Letak di sudut rumah, memang nampak cantik.

Ia kelihatan seperti perhiasan mewah yang dibeli di kedai perabot.

Jadi SinarPlus cadangkan kepada anda yang mahu dekor rumah dengan bajet kecil, boleh cuba cara yang dikongsikan wanita tersebut.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!