Guna data saintifik urus krisis perubahan iklim mendadak

27 Jul 2022 • 5:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 JULAI: Data saintifik akan digunakan bagi menghadapi pelbagai bentuk risiko perubahan iklim yang mendadak di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan data berkenaan digunakan Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) dalam usaha untuk mempertingkat pengurusan krisis sedemikian.

“Kemungkinan perubahan iklim yang mendadak dan taburan hujan yang berlebihan memerlukan kepada tindakan proaktif termasuk dalam membuat jangkaan risiko yang bakal dihadapi,” katanya ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau menambah penubuhan Unit Implementasi dan Pemantauan Prestasi (SIAP) yang diumumkannya pada Belanjawan Selangor 2022 menyediakan laporan menyeluruh mengenai projek dan inisiatif negeri.

“Melalui unit ini, satu sistem pemantauan dan pelaporan nyata (RMRS) akan dibentuk bagi membolehkan paparan status kemajuan prestasi dan pengekstarakan maklumat dapat dilakukan,” katanya.

Pada 20 Jun, Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Dr Fahmi Ngah turut memaklumkan RM300,000 dibelanja bagi membangunkan sistem digital perkongsian data bencana di negeri ini.

Inisiatif itu dilaksana selepas melihat kesukaran dihadapi ketika operasi bantuan banjir Disember tahun lalu berikutan tiada data penduduk, pusat pemindahan sementara dan bantuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved