Guna "Dummy Buckle", Boleh Kena Denda RM300

LocalCars
10 Feb 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui semakin ramai pemandu kereta dilihat sanggup menggunakan dummy buckle' atau alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar bagi mengelak daripada mendengar bunyi bising penggera amaran.

Lazimnya, "Dummy buckle’ dimasukkan ke pencangkuk tali keledar di tempat duduk bagi mengelak bunyi bising yang menunjukkan pemandu dan penumpang depan tidak memakai tali keledar.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan pencangkuk tali pinggang keledar palsu itu sebenarnya boleh mengundang bahaya dan maut di jalan raya.

Malah, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf turut menyuarakan kebimbangan kerana penggunaan pencangkuk palsu itu dilihat semakin membimbangkan.

image is not available

Menurutnya, pihaknya telah mengeluarkan 195 notis kesalahan kerana rata-rata pemandu didapati tidak memakai tali pinggang keledar dengan alasan tidak selesa dan lupa.

"Saya boleh katakan 30 peratus daripada yang kita tahan didapati menggunakan aksesori itu. Maknanya ia dipakai secara terbuka dan meluas.

"Ini kerana, alatan tersebut mudah didapati sama ada dibeli dalam talian, kedai aksesori kenderaan atau kedai serbaneka yang dijual pada harga bawah RM20," katanya.

Untuk makluman, bagi mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan kompaun RM300,.

Sementara itu, tinjauan Carz.com.my mendapati ‘dummy buckle’ dijual serendah RM1.99 seunit di dalam talian.

Malah, belum ada undang-udang yang melarang penjualan produk itu di pasaran.