Guna Instrumen Etnik, Remaja Berbakat Ini Raih Lebih 10 Juta Tontonan Di Tiktok

12 Jan 2023 • 7:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau juga menggunakan Sape’ dalam mengolah muzik

Guna Instrumen Etnik, Remaja Berbakat Ini Raih Lebih 10 Juta Tontonan Di Tiktok. Bagi korang yang pernah hadir ke event Rainforest World Music Festival, anda pasti kenal dengan remaja yang berbakat ini. Beliau pernah tampil buat persembahan di RWMF!

Belle Sisoski, remaja berusia 17 tahun ini sangat berbakat dalam bidang muzik, salah satunya adalah permainan alat muzik terutamanya instrumen etnik ini telah menarik perhatian netizen.

image is not available
Guna Instrumen Etnik, Remaja Berbakat Ini Raih Lebih 10 Juta Tontonan Di Tiktok. Tiktok @bellesisoski

Belle Sisoski juga pernah buat persembahan di acara terbesar Sarawak iaitu Rainforest World Music Festival.

Pada usia yang sangat muda ini, beliau juga menjadi penerbit, penyanyi-pencipta lagu dan multi-instrumentalis. Menerusi halaman Tiktok, tular satu video di mana Belle telah mengolah kembali lagu Kpop nyanyian dari ahli BTS iaitu Suga (Min Yoongi) dengan menggunakan instrumen etnik. Unik kan?

Video tersebut telah meraih sebanyak 13 juta kali tontonan dan mendapat sebanyak 2 juta tanda suka di Tiktok. Dalam video tersebut, beliau menggunakan alat muzik etnik seperti Sape’, Angklung, dan Guzheng. Selain itu, beliau juga menggunakan jaw harp, hand pan, violin, thunder tube, dan juga kompang dalam mengolah lagu tersebut.

Video di bawah:

Tengok video ni je memang rasa terpegun lihat bakat anak muda ni

Tidak hanya itu, kongsian video beliau dalam cover muzik nyanyian Fujii Kaze dengan menggunakan alat muzik etnik turut meraih hampir 10 juta kali tontonan dari pengguna Tiktok. Hebat betul!

Lihat video penuh di bawah:

Memang patut jadi idola orang ramai!

Sikap beliau yang bersungguh dalam mempelajari alat muzik yang baharu semestinya menjadi role model buat orang ramai di luar sana dan juga mendorong anak muda untuk mengejar minat mereka di dalam bidang muzik.

Menerusi media tempatan, Belle mulai minat dalam bidang muzik sejak pada umur 5 tahun lagi. Beliau mulai belajar bermain piano pada usia 5 tahun dan violin pada usia 7 tahun. Ibunya juga mendorong Belle untuk teruskan minatnya dengan membelikan sape’, violin, instrumen tradisional Cina guzheng dan lain-lain.

Belle telah mengembangkan bakatnya pada instrumen lain sebagai tambahan kepada pelajaran. Dalam usia yang muda ini juga beliau telah mengarang beberapa karya beliau, dan telah ditandangani bawah Universal Music Malaysia.

image is not available

Pastinya rata-rata memuji karya beliau di ruangan komen, dan salah satu karya beliau juga turut menarik perhatian artis terkenal Hollywood iaitu Aurora dan juga Grimes. Bagi Belle, Aurora adalah salah seorang artis Hollywood yang digemarinya.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik anda boleh baca pautan di bawah: