Guna Jalan Alternatif, Lencongan Di Bulatan Stutong Ditutup Selama Seminggu

9 Mar 2023 • 10:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan tersebut ditutup sehingga 18 Mac ini

Guna Jalan Alternatif, Lencongan Di Bulatan Stutong Ditutup Selama Seminggu. Baru-baru ini pihak JKR telah keluarkan notis pemberitahuan bahawa lencongan di bulatan Setia Raja telah ditutup selama seminggu mulai hari ini.

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya akan melibatkan penutupan/lencongan sementara.

image is not available
Guna Jalan Alternatif, Lencongan Di Bulatan Stutong Ditutup Selama Seminggu

Ini adalah notis yang dikeluarkan oleh pihak JKR

Penutupan lencongan di kawasan bulatan Setia Raja untuk kerja-kerja pembaikan jalan tersebut dijangka siap pada 18 Mac 2023 iaitu pada hari Sabtu.

Walau bagaimana pun, pihak JKR turut memuatnaik lampiran di mana kerja-kerja pembaikan tersebut dilakukan serta arah aliran trafik yang anda patut guna.

image is not available
Sumber: FB UKAS

Pengguna jalan diminta berhati-hati dan tidak memandu dengan laju di kawasan tersebut.

Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini nanti.

Pihak JKR Bahagian Samarahan akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

image is not available
Sumber: FB Sarawak Edition

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-671076) pada waktu pejabat.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan di bawah: