“Guna Jampi Serapah Boleh La” – Siti Nordiana Kesal Dituduh Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Dalam ASGV

Entertainment
14 Nov 2023 • 10:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana kesal apabila dituduh sesetengah individu yang mendakwanya menggunakan ilmu hitam untuk kekal dalam program nyanyian All Star Gegar Vaganza yang sedang bersiaran kini.

Ujar Siti Nordiana, dia tidak pernah langsung terfikir untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sepanjang hidupnya.

Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam. Nauzubillah! Saya berani bersumpah yang memang tidak pernah terdetik dalam diri saya untuk gunakan ilmu hitam seperti didakwa.

Malah, penyanyi itu juga mencabar individu itu untuk menunjukkan bukti jika perkara itu benar.

image is not available

Saya lihat sekarang ini ramai orang tulis di media sosial perkara tidak benar mengenai saya. Bagi saya, perkara ini perlu dihentikan. Kalau dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada, itu sudah jatuh fitnah.

Namun begitu, Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana itu memilih untuk memaafkan saja individu tersebut namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih menyebarkan fitnah tersebut di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU, Alami Sesak Nafas