Guna ‘kabel’ PM Anwar? Adly pertahan Mukhlis Mubin, wakil rakyat perlu ada jaringan!

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 11:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari tampil mempertahankan calon muda parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah susulan dakwaan menggunakan ‘kabel’ Perdana Menteri dan menyalahgunakan dana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menurut Adly, Muklis Mubin, 25, sebelum ini aktif dalam kerja sukarelawan dan tidak menjadi kesalahan baginya mendapatkan kerjasama agensi berkaitan untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat.

Beliau turut menjelaskan bahawa hubungan Muklis Mubin dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim hanyalah atas dasar persahabatan sebagai anggota parti yang sama.

“Mungkin dia melihat semua perkara di sekelilingnya mempunyai potensi. Sebab itu dia dikaitkan dengan KPKM apabila memberikan bantuan.
“Saya fikir semua wakil rakyat yang dipilih ada (network) jaringan, terutama wakil rakyat dalam kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.
“Mereka (Gen Z) mahukan tindakan pantas, responsif dan penyelesaian terbaik terhadap masalah masyarakat,” katanya, hari ini.

May be an image of one or more people, newsroom and text

Dalam pada itu, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, beliau menyokong usaha Muklis Mubin, namun sentiasa menasihatkannya supaya terbuka menerima teguran dan memahami risiko setiap tindakan.

Mengulas persepsi negatif terhadap Generasi Z yang sering digelar generasi ‘strawberi’, beliau menegaskan label sedemikian tidak sepatutnya dijadikan ukuran kemampuan anak muda dalam bidang politik.

Image from: Guna ‘kabel’ PM Anwar? Adly pertahan Mukhlis Mubin, wakil rakyat perlu ada jaringan!

Image from: Guna ‘kabel’ PM Anwar? Adly pertahan Mukhlis Mubin, wakil rakyat perlu ada jaringan!

Katanya, Muklis Mubin dan calon PH bagi DUN Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, merupakan antara wajah muda berpendidikan yang mampu menghadapi tekanan serta kritikan di media sosial.

“Saya ingatkan mereka, menang atau kalah adalah persoalan kedua. Paling penting ialah aspirasi mereka untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan masyarakat pada usia yang masih muda,” katanya.

Image from: Guna ‘kabel’ PM Anwar? Adly pertahan Mukhlis Mubin, wakil rakyat perlu ada jaringan!

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved