Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024 • 6:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perkara yang menjadi buah mulut rakyat masa ini adalah kemudahan sekali guna (one-off) yang ditawarkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pencarum memulakan Akaun 3 bukan dengan baki kosong. Ramai yang bertanyakan tentang cara kiranya dalam saluran TikTok kami. Jadi untuk kemudahan, terdapat kalkulator pengiraan untuk anda tahu berapakah yang akan masuki Akaun Fleksibel sekiranya anda ingin memanfaatkan peluang one-off ini.

Anda cuma perlu ketahui baki Akaun 2 anda yang terkini dengan memeriksa i-Akaun dan masukkan dalam ruang yang disediakan di bawah.

image is not available

Kalkulator Pengiraan KWSP Akaun 3

Masukkan baki Akaun 2

Ini pembahagian menurut KWSP

Akaun Persaraan (Akaun 1)

 

Akaun Sejahtera (Akaun 2)

 

Akaun Fleksibel (Akaun 3)

 

Sekiranya anda takut yang simpanan hari tua digunakan secara tak sengaja, tawaran ini tidaklah wajib. Anda boleh sahaja tidak memohonya dan mencarum seperti biasa dan caruman akan dipecahkan mengikut nisbah baharu 75:15:10.

image is not available

Penstrukturan semula caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berkuat kuasa pada 11 Mei 2024. Ia melibatkan penjenamaan semula Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing kepada Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Kemudian akan ada satu akaun baharu diwujudkan iaitu Akaun Fleksibel yang popular dikenali sebagai Akaun 3.

Kelebihan Akaun 3 adalah ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Bahkan ramai yang mula menunjukkan minat untuk jadikan Akaun 3 sebagai instrumen pelaburan berdasarkan sejarah dividen yang diberikan KWSP adalah tinggi.

Bacaan berkaitan