Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket

20 Oct 2022 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hambakan kanak-kanak untuk kumpul dana untuk gereja di Filipina

Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket. Mula tular beberapa hari yang lepas, kali ini muncul lagi bukti bahawa aktiviti kanak-kanak yang menjual makanan ringan di hadapan kedai, bank mahupun di tepi jalan tersebut merupakan satu sindiket pengumpulan dana untuk kegunaan gereja di Filipina.

Difahamkan sindiket ini menggunakan modus operandi yang sama untuk menjerat kanak-kanak ini untuk dijadikan hamba mereka dengan cara salah satunya menawarkan aktiviti kelas musik secara percuma.

image is not available
Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket. Sumber gambar: FB Borneo

Aktiviti kumpul dana untuk biayai Kelab Belia Setiakawan dan netizen mula beri bukti

Salah satu individu yang dikenali sebagai Spencer Watz adalah antara individu yang memberi respon terhadap isu ini pada mulanya. Menurutnya ini adalah aktiviti untuk mendapatkan dana untuk membiayai kelab mereka iaitu Kelab Belia Setiakawan.

image is not available
Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket. Sumber gambar: FB Borneo

Namun, diketahui juga banyak pihak mula memberi reaksi atas perkongsian isu ini dengan mengeluarkan bukti-bukti bahawa mereka mahupun ahli keluarga mereka pernah terjebak dengan tawaran sindiket ini.

Ada yang berkongsi pengalaman dan mereka bersyukur bahawa menyedari aktiviti ini hanya satu sindiket untuk memperhambakan mereka. Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman pilu tentang ahli keluarga mereka yang enggan untuk pulang kepangkuan keluarga seolah-olah mereka sudah ’dicuci otak’ oleh sindiket ini.

image is not available
Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket. Sumber gambar: FB Borneo

Dalang sindiket adalah pengasas gereja di Filipina dan jadi buruan FBI

Salah satu inidvidu yang dipercayai dalang daripada sindiket ini adalah Pastor Apolli Carreon Quiboloy yang merupakan pengasas untuk gereja Jesus Christ yang bertapak di Filipina. Bahkan, pastor ini juga telah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat dunia kerana pihak FBI telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu ini merupakan buruan pihak polis.

image is not available
Guna Kanak-Kanak Kumpul Dana Untuk Gereja, Netizen Bertindak Kongsi Bukti Ini Adalah Sindiket. Sumber gambar: FB Borneo

Semoga kanak-kanak yang masih terjerat dalam sindiket ini dapat diselematkan dan kembali ke pangkuan keluarga dan diharapkan ibu bapa mahupun penjaga lebih cakna dan berwaspada dengan tawaran aktiviti-aktiviti yang meragukan.

Boleh baca kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dalam artikel dibawah: