Guna kereta lama kerap rosak, bapa menangis anak buat kejutan hadiahkan yang baru

LocalCars
22 Dec 2024 • 8:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa menangis anak buat kejutan

Seorang bapa menangis apabila menerima kejutan mendapat hadiah kereta baru selepas kenderaan yang sudah lama digunakannya kerap mengalami kerosakkan.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai _justsweetbyintan, dia telah membuat kejutan buat bapa tersayang dengan memberikan hadiah kereta baharu bersempena dengan ulang tahun kelahiran warga emas itu.

@justsweetbyintan

Selamat Ulangtahun Babah kesayang adik.. . . Terima kasih sebab selalu support adik dalam segala hal..Selama 8 tahun setengah abah sanggup hantar and jemput adik balik kerja walaupun adakalanya babah tak sihat..tapi Babah gagahkan diri..Last year keadaan Babah tak berapa sihat..Jadi adik tekad nak bawa balik kereta lepas 12 tahun gantung lesen..Jadi tahun ni, seumur hidup inilah benda paling mahal adik pernah beli..dan adik bangga dapat hadiahkan abah sebuah kereta so abah dgn adik lepas ni dh boleh geng ok... #gengaxia #axia #perodua #happybirthdaybabah #sayangbabahduniaakhirat #fyp #fypelit #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia

♬ Ayah - Seventeen

Bapa menangis anak buat kejutan beri kereta baru

Ujarnya, kereta jenis Perodua Kancil yang digunakan bapa kerap rosak dan pernah beberapa kali tersadai ditepi jalan sebelum mendapatkan bantuan.

Disebabkan itu, dia telah mengambil keputusan untuk membelikan kereta baru buat bapa dan menguruskan semuanya termasuklah membawa insan tersayang ke pusat pameran kereta.

image is not available

Bapa menangis anak buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran

Pada awalnya, bapa pengguna Tiktok tersebut tidak sedar akan mendapat hadiah kereta memandangkan anaknya sengaja mengajak ke pusat pameran kereta dengan alasan sekadar mahu ‘tengok-tengok’ sahaja.

Namun, dia mulai menitiskan air mata selepas anak dan menantu membuat kejutan dengan memberikan kunci kereta dan menunjukkan kenderaan baru miliknya.

image is not available

Sebak lihat video kasih sayang anak dan bapa

Perkongsian yang dibuat oleh justseetbyintan itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata akui sebak melihat warga emas berkenaan menangis terharu.

Mereka juga mendoakan agar rezeki pengguna TikTok itu lebih diperluas oleh Allah S.W.T dan diberi kesihatan buat mereka sekeluarga.

image is not available

Kalau niat nak bahagiakan ibu bapa, Allah sentiasa lancarkan

image is not available

Seronok tengok semua happy

image is not available

Semoga Allah lapangkan pintu rezeki

image is not available

Semoga kita semua mendapat peluang berbakti kepada orang tua dan membuatkan mereka bahagia di dunia dan akhirat.

Sumber: TikTok justsweetbyintan