Guna Minyak Isi Go-Kart, Ini Cerita Sebenar 2 Warga Singapura Ambil Minyak RON95

21 Jun 2023 • 4:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh diperkatakan hari ini mengenai dua individu dipercayai warga asing bergaduh dengan seorang warga tempatan kerana mengambil minyak petrol RON95.

Sebuah video telah tular di media sosial memaparkan pergaduhan itu hingga melibatkan dua orang polis bantuan.

Ambil minyak

https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7247014327784312072?_r=1&_t=8dLYrId3IMD&social_sharing=v5

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memberitahu pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang lelaki warga tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut.

Berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak, bagaimanapun selepas pemeriksaan minyak yang ingin diisi warga asing berkenaan adalah untuk kegunaan go-kart.

Rahmat juga berkata pengadu ke pam bagi mengisi minyak namun terlihat kedua warga Singapura itu sedang memegang tong bagi mengisi minyak RON95.

Walau bagaimanapun, pengadu itu kemudian tidak berminat meneruskan kes berkenaan dan kes kini diklasifikasikan sebagai no further action (NFA).

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media