Guna MyKad, e-Dompet Beli RON95, Kerajaan Sedang Teliti!

LocalPolitics
13 Nov 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet untuk melakukan pembelian RON95.

Sebaliknya, mekanisme itu sedang diperincikan dan dalam proses untuk dimuktamadkan. Itu kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

image is not available

"Namun, penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan dengan prinsip yang sama seperti mana penyasaran subsidi elektrik dan diesel iaitu membabitkan harga berperingkat atau 'tiered pricing'.

"Mereka yang layak iaitu majoriti rakyat akan terus menikmati harga bersubsidi manakala golongan bukan warganegara, sektor perniagaan serta golongan pendapatan teratas akan membeli pada harga yang lebih tinggi," katanya.

Menurutnya, penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan mengikut perancangan iaitu pada pertengahan 2025 walaupun terdapat cadangan agar perkara itu ditangguhkan.

"Tujuan kita bukan untuk bebankan rakyat, sebaliknya adalah untuk mengekang ketirisan dan penyeludupan subsidi yang selama ini dimanfaat oleh warga asing dan sektor perniagaan.

"Majoriti rakyat kekal dengan harga bersubsidi dan penjimatan yang diraih dipulangkan semula untuk manfaat rakyat terbanyak," tambahnya.